fbpx

Isu pakai baju pramugari, Bella Astillah mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA hari ini memohon maaf selepas dituduh tidak sensitif kerana memakai baju pramugari MAS pada sebuah smabutan majlis hari lahir September lalu.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Bella Astillah membuat permohonan maaf selepas dituduh tidak sensitif memakai pakaian seragam pramugari Malasia Airlines (MAS) dalam sebuah majlis sambutan hari lahir September lalu.

Pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 26, itu meminta maaf kerana tidak mengetahui sejarah dan etika mengenai pakaian tersebut.

“Saya memperagakan uniform MAS tersebut kerana kerjaya pramugari merupakan pekerjaan impian sejak kecil.

“Saya minta maaf kerana menggunakan pakaian rasmi berkenaan tanpa mengetahui lebih awal tentang info dan sejarah serta etika pemakaian.

“Perkara ini juga Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar uniform MAS tidak disalahgunakan,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram hari ini.

Tambah isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu, pihak MAS juga telah bertemu dengannya untuk menerangkan tentang pakaian rasmi kru kabin berkenaan.

“Pihak MAS sendiri ada berjumpa dan menerangkan dengan lebih terperinci tentang keistimewaan pakaian tersebut. Alhamdulillah dapat banyak ilmu dan rasa bermanfaat untuk dikongsikan kepada semua.

“Sebagai seorang penumpang setia MAS, saya sentiasa mengagumi MAS dan seperti yang semua tahu, Bella berasal dari Sabah dan memang sejak kecil menaiki MAS untuk perjalanan ulang alik ke KL,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Bella turut berterima kasih kepada pihak MAS kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu dengannya bagi berkongsi tentang perkara tersebut.

Dalam hantaran tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi serba-sedikit sejarah pakaian rasmi pramugari MAS berkenaan.

Pada September lalu, foto yang dimuat naik Bella dalam Instagram Storynya dengan memakai uniform MAS mendapat reaksi negatif netizen.

Rata-rata kecewa dengan tindakan pelakon itu kerana menganggap pakaian tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dipakai pada sambutan majlis hari lahir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI