fbpx

Hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan masuk Dewan Rakyat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan hadir pada sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 bermula esok iaitu pada sesi Pembentangan Belanjawan 2021.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, mereka merangkumi 41 Ahli Parlimen kerajaan dan 39 Ahli Parlimen pembangkang dan bebas yang akan diberi Khad Khas untuk memasuki Dewan Rakyat.

Menurut beliau, penentuan Ahli Parlimen yang boleh berada dalam Dewan Rakyat akan ditetapkan oleh parti politik masing-masing.

“Seramai 80 Ahli Yang Berhormat yang diberikan Kad Khas boleh merekodkan kehadiran di komputer riba masing-masing seperti biasa.

“Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak diberikan Khas Khas boleh merekodkan kehadiran di Pintu 3 Blok Utama dan pintu masuk Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Perkara itu dipersetujui oleh Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat Berikutan Penularan Wabak Covid-19 yang diadakan semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI