fbpx

G-Dragon bakal kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
G-DRAGON

SELEPAS bertahun-tahun berehat daripada industri, bintang K-pop, G-Dragon bersedia untuk kembali dengan lagu baharu.

Media tempatan melaporkan penyanyi kumpulan Big Bang itu dilihat berada di pejabat YG Entertainment di Mapo, barat Seoul. Difahamkan, G-
Dragon kini sedang dalam perancangan untuk membuat kemunculan semula.

Bagaimanapun seperti memetik laporan JoongAng Daily, tidak dapat dipastikan sama ada G-Dragon sedang mengusahakan muzik untuk karier solo ataupun bersama kumpulan Big Bang.

Memberi maklum balas terhadap laporan tersebut, YG Entertainment menerusi satu kenyataan ringkas membuat pengesahan bahawa penyanyi itu sedang dalam perancangan mengeluarkan lagu baharu.

Kali terakhir penyanyi berusia 32 tahun itu mengeluarkan album solo ialah pada Jun 2017. Sementara lagu terakhir yang dikeluarkan Big Bang pada Mac 2018.

Selepas G-Dragon selesai menjalani latihan ketenteraan pada Oktober tahun lalu, dia memperbaharui kontrak bersama YG Entertainment pada Mac tahun ini.

Sepatutnya kumpulan Big Bang menyertai penganjuran Festival Muzik Coachella pada April, namun perancangan terbantut gara-gara penularan pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI