fbpx

Bayi dilarikan hal perebutan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular satu rakaman klip video sistem kawalan kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 42 saat mendakwa seorang lelaki dan wanita telah menculik bayi di UTC.

MELAKA – Satu klip video tular kononnya seorang bayi diculik dua invidividu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah di sini, semalam sebenarnya hanyalah kes perebutan antara keluarga angkat dan ibu kandung.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang semalam ketika keluarga angkat itu ingin membuat urusan pasport bayi berkenaan.

Menurut sumber, anak tersebut telah dibawa lari oleh seorang lelaki bersama-sama ibu kandungnya yang berusia 17 tahun dengan menaiki sebuah motosikal.

“Kejadian berlaku ketika keluarga angkat itu ingin membuat pasport sebelum tiba-tiba seorang lelaki datang mengambil anak tersebut.

“Lelaki itu terus menuju ke tempat parkir motosikal manakala ibu kandungnya yang telah menunggu di situ terus membonceng dan mereka bergerak keluar dari kawasan berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, sumber memberitahu keluarga angkat dan remaja perempuan itu saling mengenali.

Terdahulu, tular satu rakaman klip video sistem kawalan kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 42 saat mengenai kejadian terbabit yang dikaitkan dengan penculikan di UTC.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Yusharifuddin Mohd. Yusop ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian.

“Kes bukan diklasifikasikan sebagai penculikan sebaliknya perebutan anak antara ibu kandung dan ibu angkat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI