fbpx

Banjir Seremban: Kawasan pencarian lelaki hilang diluaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari mencari seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dibawa arus banjir kilat di Sungai Linggi, semalam diteruskan hari ini dan dimulakan di kawasan berdekatan Tol Port Dickson, hari ini.

SEREMBAN – Kawasan operasi mencari seorang lelaki yang hilang sejak awal pagi semalam dan dikhuatiri lemas dibawa arus banjir kilat diluaskan sehingga ke Pengkalan Kempas, Port Dickson.

Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, memasuki hari kedua operasi, pihaknya turut menggunakan khidmat dua ekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi mencari mangsa.

Katanya, kawasan mencari di Sungai Linggi dimulakan berdekatan belakang Tol Port Dickson sehingga ke Kuala Sawah seterusnya ke Pengkalan Kempas, Port Dickson.

“Memasuki hari kedua operasi, kami masih lagi belum menemui kesan-kesan penemuan mangsa atau menemui sebarang tanda mengenai mangsa lemas ini.

“Hari ini, kami akan menggunakan dua ekor khidmat anjing pengesan bomba yang telah bermula pukul 10 pagi ini. Pada masa sama, pihak bomba juga menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan anggota menyusuri tebing Sungai Linggi kerana air sungai agak cetek,” katanya di sini hari ini.

Semalam, seorang lelaki berusia 20-an dikhuatiri hilang dan dihanyutkan arus banjir kilat di Taman Mok Sum, Rasah kira-kira pukul 6.27 pagi semalam.

Bomba semalam telah memperluaskan kawasan pencarian kawasan Sungai Linggi sehingga lebih 12 kilometer dari tempat kejadian namun gagal menemui mangsa.

Seramai 47 anggota bomba termasuk penyelam dan 10 anggota polis turut menyertai operasi ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN