fbpx

Anggap itu doa buat saya – Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERRA FAZIRA

KUALA LUMPUR – Primadona filem Melayu, Erra Fazira mengakui terkejut dihujani ucapan tahniah selepas perkongsian Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencuri perhatian netizen.

Dr. Zulkifli menerusi satu hantaran dalam Facebook dan Instagram hari menzahirkan ucapan tahniah kepada seorang wanita yang bernama Erra Fazira selepas selamat bernikah di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Para pelayar media sosial pada mulanya menyangkakan wanita yang dimaksudkan itu adalah pelakon dan pengacara jelita tanah air, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek.

Namun, telahan netizen ternyata meleset setelah Dr. Zulkifli berkongsi gambar-gambar sekitar majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi.

Pelakon filem Sembilu itu ketika dihubungi, berkata, dia pada awalnya agak terkejut kerana menerima banyak kiriman ucapan tahniah kerana sudah selamat berkahwin.

“Memang memula terkejutlah tiba-tiba dihujani dengan ucapan tahniah dan sebagainya.

Tetapi akhirnya saya dapat tahu, itu hanyalah gurauan,” kata Erra kepada K! Online.

Rentetan daripada status yang dimuat naik juga, Erra ,46, tidak menolak jika kata-kata itu adalah doa buatnya untuk kembali berumah tangga satu hari nanti.

“Saya pun tak tahu adakah ungkapan tersebut satu doa atau pun kebetulan. Tetapi apa pun, saya memandang perkara itu daripada sudut positif. Semoga menjadi doa buat saya,” tuturnya ringkas.

Sementara itu, menerusi status yang ditulis menerusi akaun laman sosial Dr. Zulkifli, beliau mulanya terkejut dan menyangkakan pengantin wanita itu ialah pelakon filem Sembilu.

“Tahniah puan Erra Fazira dan suami atas pernikahan sebentar tadi. Ia berlangsung di pejabat Jawi dalam tempoh tidak melebihi 20 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Jawi.

“Nama kebetulan sama, namun bukan individu yang disangka. Saya pun mula-mula terkejut. Ingatkan pelakon filem Sembilu.

“Moga ikatan perkahwinan diberkati Allah SWT, berbahagia dengan pasangan masing-masing dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah,” tulisnya.

Untuk rekod, Erra pernah berkahwin sebanyak dua kali yang mana menerusi perkahwinan pertamanya dengan penyanyi dan komposer Yusry Abdul Halim pada 2003 sebelum bercerai tiga tahun kemudian.

Pada 2007, Erra kembali menamatkan zaman solo dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan anak perempuan bernama Engku Aleesya,11. Namun ikatan perkahwinan mereka hanya bertahan selama tujuh tahun dan memilih untuk bercerai pada 2014. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI