fbpx

1,009 kes baharu direkodkan, pertambahan enam kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara masih merekodkan kes Covid-19 melebihi 1,000 hari ini dengan 1,009 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 36,434 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sembilan daripadanya kes import melibatkan mereka yang tiba dari India, Kazakhstan, Korea Selatan, Nigeria, Afrika Selatan, Mexico, Indonesia dan Kemboja.

“Selain itu, sebanyak 839 kes pulih Covid-19 hari ini menjadikan sebanyak 25,654 kes sembuh dilaporkan di seluruh negara.

“Terdapat 78 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa sama, enam kes kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini menjadikan sebanyak 277 kes kematian sehingga kini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI