fbpx

Wanita UMNO serah memorandum cadangan Belanjawan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (tiga, kanan) menyerahkan memorandum cadangan kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – Wanita UMNO menyerahkan memorandum cadangan Belanjawan 2021 kepada Kementerian Kewangan di Putrajaya semalam.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, antara input dan cadangan yang dibawa oleh Wanita UMNO mengenai pembangunan wanita termasuklah bidang keusahawanan, kebajikan, kesihatan dan pendidikan.

“Semoga cadangan Belanjawan daripada Wanita UMNO Malaysia mendapat tempat pada Belanjawan kali ini.

“Ini adalah sesi kedua yang saya hadiri, yang pertama ketika membentangkan input bagi pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mendengar input dari kami,” katanya di laman Facebook hari ini.

Hadir sama pada sesi penyerahan itu ialah Naib Ketua Wanita, Datuk Norliza Abdul Rahim dan Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI