PENYANYI Liza Aditya sememangnya tidak pernah reda dengan isu panas. Adakalanya penyanyi yang popular dengan lagu Kisah Yang Salah itu mengakui penat berdepan dengan pelbagai tuduhan.
Semuanya gara-gara sering tampil dengan imej seksi.
Memetik laporan Detik.com, Liza mengakui terpaksa tampil seksi demi tuntutan kerjaya sebagai penghibur.
“Aku merasakan tubuh perempuan dan kecantikan itu menjadi perkara penting dalam dunia hiburan,” katanya.
Ujar penyanyi itu lagi, setiap penghibur mempunyai karakter masing-masing dalam dunia hiburan seperti dikenali sebagai selebriti cantik, baik dan seksi.
Liza percaya tampil seksi adalah acuan selebriti mencari wang.