fbpx

Tiada kejadian banjir di LPT1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penularan dakwaan palsu kejadian banjir di LPT1.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH – Syarikat Konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Anih Berhad menafikan penularan berita yang mendakwa kejadian banjir di Kilometer 113.3
arah timur LPT 1.

Menurut kenyataan itu, gambar kejadian banjir yang ditularkan berkenaan adalah insiden lama.

“Sehubungan itu, syarikat memohon supaya orang ramai tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana panik.

“Pengguna dinasihatkan melayari laman sosial rasmi syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk keadaan trafik terkini dan boleh menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan,” kata kenyataan itu.

Hari ini tular dalam media sosial Facebook dan WhatsApp mengenai dakwaan berlaku kejadian banjir di Kilometer 113.3 arah timur LPT 1.

Penularan berita palsu itu telah menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna lebuh raya berkenaan sehingga ada yang membuat panggilan ke pusat kawalan trafik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI