fbpx

Tak sempat seludup 450 ekor burung murai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PPM Wilayah Dua menunjukkan bot fiber dan burung murai yang dirampas di Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki warga Indonesia berjaya ditahan selepas gagal menyeludup keluar 450 ekor burung yang disyaki burung murai ke negara jiran semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Pengerang, ACP Muhd Zailani Abdullah berkata lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di kawasan perairan Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Kota Tinggi.

“Operasi dilakukan anggota botronda RH 24 dalam tugas Ops Benteng Covid yang berjaya memintas dan menahan sebuah bot fiber dinaiki suspek.

“Pasukan serbuan telah menahan seorang lelaki warganegara Indonesia itu dan merampas 450 ekor burung murai serta sebuah bot fiber dan sebuah enjin sangkut yang digunakan suspek.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM163,408.00,”katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya burung murai menjadi kegilaan dan buruan masyarakat dari negara jiran kerana fizikalnya cantik dan bersuara nyaring.

Katanya burung murai dari Malaysia dikatakan lebih bermutu tinggi dan harga seekor burung murai mampu mencecah ribuan ringgit di pasaran Indonesia.

“Burung jenis ini menjadi haiwan kawalan untuk dieksport mengikut peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2013 (MAQIS)

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Tektikal PPM W2 Pengerang untuk proses siasatan lanjut,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI