fbpx

SK Paya Keladi ditutup selama seminggu ekoran Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Keladi, Kepala Batas dekat sini diarahkan ditutup selama seminggu bermula esok setelah kes positif Covid-19 dilaporkan di sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, arahan itu susulan laporan kes positif Covid-19 membabitkan seorang murid di sekolah itu.

Bagaimanapun, Abdul Rashid enggan mengulas lanjut mengenai punca jangkitan Covid-19 yang membabitkan murid berkenaan.

“Terdapat satu kes Covid-19 yang disahkan di sekolah itu, jadi pihak kami mengarahkannya untuk ditutup selama seminggu bermula 5 November 2020 hingga 11 November 2020.

“Terdapat seramai 53 guru dan 825 murid yang terlibat dengan arahan penutupan sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, pada 1 Oktober lalu, SK Permatang Janggus di Penaga, Kepala Batas dekat sini ditutup selama lapan hari.

Selain itu, SK Seri Sentosa di Nibong Tebal juga diarahkan tutup pada 23 Oktober lalu selepas seorang murid disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI