fbpx

Sembilan lokasi terjejas banjir sekitar Seremban, Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Situasi banjir di Rantau, Seremban pagi ini susulan hujan lebat awal pagi tadi Foto: Ihsan penduduk

SEREMBAN – Lebih kurang 450 orang penduduk melibatkan sembilan lokasi daerah Seremban dan Rantau terjejas banjir susulan hujan lebat sejak pukul 12.45 malam tadi.

Pegawai Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seremban, Leftenan (PA) Mohd. Najib Abdul Karim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 12.45 pagi dan menggerakkan anggota ke semua lokasi sekitar Seremban dan Rantau.

“Kami terima panggilan daripada orang awam 12.45 malam tadi daripada memaklumkan di lapan lokasi sekitar Seremban dan Rantau. Namun, lokasi terakhir pagi ini, kami terima di Kampung Linsum, Rantau.

“Antara lokasi yang terlibat, Kampung Datuk Mansor, Taman Happy, Taman Blossom, Rasah, Taman Chedang, Kampung Baru Blok C, Ampangan, Taman Angsamas, Rantau, Kampung Batu 3, Mambau, Kampung Siliau dan yang terbaru kami terima maklumat Kampung Linsum, Rantau, “ katanya ketika dihubungi pemberita pagi ini.

Menurut Mohd. Najib, pagi ini pihaknya menggerakkan anggota untuk penyelamatan bersama Jabatan Bomba dan pihak polis.

“Di Seremban, kami tidak membuka sebarang Pusat Pemindahan Sementara setakat ini memandangkan penduduk terlibat berpindah sementara ke rumah keluarga terdekat.

“Bagaimanapun, di Rantau, sehingga kini, lebih kurang 50 penduduk terjejas yang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Sega, Rantau. Jumlah sebenar masih belum diketahui kerana anggota masih dalam pemindahan mangsa terlibat di Kampung Linsum dan Kampung Siliau, Rantau,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI