fbpx

Sembilan lelaki geng pecah rumah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adzli menunjukkan sebahagian barang hasil kegiatan pecah rumah didalangi sembilan ahli daripada empat geng pecah rumah di daerah Kuala Muda.

SUNGAI PETANI – Polis menahan sembilan lelaki dipercayai ahli daripada empat kumpulan penjenayah yang aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di daerah ini sejak enam bulan lalu.

Kesemua suspek berusia antara 25 hingga 37 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan antara 27 Oktober lalu hingga Isnin lalu dalam Ops Pintu.

Empat daripada mereka disyaki ahli Geng Anchui, masing-masing dua ahli Geng Kavi Baba dan Geng Alif manakala seorang lagi ahli Geng Kevin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, penahanan kesemua suspek itu berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 12 kes pecah rumah di sekitar daerah Kuala Muda.

“Dalam tangkapan itu, kita menemui pelbagai barang dipercayai hasil daripada kegiatan jenayah mereka antaranya televisyen, set karaoke, komputer riba, mesin pemotong rumput dan tong gas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut merampas dua buah kereta jenis Proton Satria dan Honda Accord yang digunakan dalam kegiatan pecah rumah.

Tambahnya, kesemua suspek kini direman dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan baki ahli kumpulan terlibat sedang dikesan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI