fbpx

Projek pertama Ku Hye-sun selepas menjanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KU HYE-SUN

BEBERAPA bulan selepas melalui perceraian dengan Ahn Jae-hyun, aktres jelita Ku Hye-sun akhirnya bersetuju untuk membuat kemunculan dalam program realiti The Manager terbitan MBC.

Penampilan itu sekali gus merupakan penglibatan pertama Hye-sun selepas bergelar janda. Dia berkongsi gambar ketika berada di set penggambaran dengan memberitahu episod membabitkan dirinya akan ditayangkan pada Sabtu ini, 7 November.

The Manager merupakan sebuah program realiti baharu yang memaparkan kisah bintang popular daripada pandangan pengurus peribadi mereka.

Program tersebut juga telah menyiarkan pautan klip pendek sebagai promosi penampilan pelakon itu dengan menayangkan aktiviti yang sedang dilakukannya iaitu melukis.

Klip tersebut juga menayangkan sedutan temu bual pengurus dan ketua agensi baharu yang dinaunginya ketika ini.

“Saya lega dia akhirnya kembali dan berada dalam keadaan baik,” tulis seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI