fbpx

Poco F2 Pro dilengkapi Snapdragon 865

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN mempunyai memori dalaman yang besar iaitu 128GB atau 256GB, peranti ini turut didatangkan dengan pengecasan antas 30W.

XIAOMI bukanlah satu jenama asing dalam penghasilan telefon pintar.

Syarikat tersebut sentiasa mempertaruhkan telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi terkini bagi memenuhi kehendak pengguna.

Bagi memeriahkan lagi pasaran telefon pintar dunia, syarikat tersebut telah memperkenalkan Xiaomi Poco F2 Pro di pasaran.

Dengan spesifikasi terkini peranti tersebut antara telefon pintar yang terunggul dalam kelasnya.

Dilancarkan pada pertengahan tahun ini, peranti pintar tersebut hadir dengan skrin bersaiz 6.67 inci dengan paparan Super AMOLED.

Skrin peranti tersebut menggunakan Corning Gorilla Glass 5, sekali gus memberi lebih perlindungan.

Peranti pintar itu dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 865 dan disokong dengan sistem operasi Android 10.

Dalam pada itu, Xiaomi Poco F2 Pro yang seberat hanya 219 gram juga turut didatangkan dengan dua pilihan memori Ram iaitu 6GB dan 8GB.

Untuk memori dalaman, ia adalah bersaiz 128GB dan 256GB.

Jangka hayat bateri untuk peranti ini boleh dikatakan cukup memuaskan kerana dilengkapi dengan bateri bersaiz 4,700 mAh dan turut disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 30W.

Sementara itu, kualiti kamera untuk peranti ini juga cukup baik yang mana ia dia dilengkapi dengan sistem kuad kamera yang terdiri daripada 64MP+13MP+5MP+2MP.

Bagi mereka yang gemar merakam gambar menggunakan telefon pintar, Xiaomi Poco F2 Pro boleh dipertimbangkan untuk dimiliki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI