fbpx

Peniaga pasar malam DUN Bayan Lepas terima bantuan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi perniagaan di Pasar Malam Sungai Batu diarah tutup sementara bermula esok (5 November) berikutan perkembangan laporan kes positif Covid-19 di Mukim 12 Daerah Barat Daya di sini sejak akhir ini.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Kira-kira seramai 100 peniaga pasar malam yang berdaftar sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas bakal menerima bantuan khas Covid-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, pihaknya memperuntukan RM25,000 untuk bantuan berupa bakul makanan kepada peniaga-peniaga pasar malam yang terjejas akibat pandemik itu.

Menurutnya, bantuan khas tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Peniaga- Peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang.

“Peniaga terbabit perlulah mengisi butiran data yang diminta untuk tindakan pemberian bantuan khas berkenaan.

“Saya akan fikir langkah lain bagi membantu peniaga terbabit selain cuba dapatkan nasihat serta bantuan daripada pihak lain termasuklah agensi kerajaan,” katanya di sini sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama katanya, operasi pasar malam Sungai Batu di sini diarah tutup sementara susulan perkembangan laporan kes positif Covid-19 di negeri ini terutama di Mukim 12, DUN Bayan Lepas.

“Pasar malam yang dijadualkan pada setiap hari Khamis itu ditangguhkan bermula esok (5 November) sehingga diberitahu kelak selain bergantung kepada keadaan semasa wabak itu.

“Arahan tersebut dikeluarkan setelah berbincang dengan penganjur pasar malam Sungai Batu hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Sebentar tadi, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur tadi mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12 Daerah Barat Daya Pulau Pinang berkuat kuasa pada 6 November sehingga 19 November depan.

Sehingga 3 November 2020, sebanyak 35 kes positif Covid-19 termasuk 11 kes baharu telah direkodkan di mukim berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI