fbpx

PDRM, SKMM buka 273 kertas siasatan berita palsu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 273 kertas siasatan terhadap kes berita palsu berkait Covid-19 setakat hari ini.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 136 kes terbabit masih dalam siasatan, manakala 35 kes sudah didakwa di mahkamah, didapati bersalah (21), dalam proses perbicaraan (13), dan diberi notis amaran (12).

“Sebanyak 404 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu sudah dilakukan Pasukan Respons Pantas (PRP), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Tindakan penguatkuasaan juga aktif diambil berdasarkan laporan yang diterima,” katanya melalui sidang akhbar Facebook Live di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan diragui kesahihannya dan perlu sentiasa menyemak terlebih dahulu sesuatu berita daripada sumber rasmi atau boleh dipercayai.

“Perkara yang belum tentu sahih, jika kita turut sebarkan dan sekiranya ia didapati tidak benar, anda juga boleh dikenakan tindakan.

“Jika ada sebarang berita diragui kesahihannya, anda boleh menyalurkan maklumat kepada PRP melalui talian 03-8911 5103 atau melayari: WWW.SEBENARNYA.MY untuk menyemak kesahihan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI