KLANG – Lima rentung termasuk empat sekeluarga dalam kebakaran di Lorong Mokhtar Kampung Delek Kanan awal pagi tadi.
Kebakaran berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi dengan mereka yang rentung adalah terdiri empat lelaki dan seorang wanita namun identiti belum dikenalpasti.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 34 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.56 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian pukul 4.11 pagi mendapati kebakaran melibatkan lima deret pintu dengan api berjaya dikawal sembilan minit kemudian.
“Pemeriksaan menemukan lima individu rentung termasuk empat sekeluarga dengan dua daripadan mangsa merupakan warga Kemboja,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini. – K! ONLINE