AKTRES Kim Hee-sun yang kerap digandingkan dengan pelakon lelaki muda dalam kebanyakan drama tidak pernah menganggap jurang perbezaan usia sebagai penghalang keserasian.
Sebaliknya dia mengakui banyak belajar daripada pelakon muda meskipun jauh lebih berpengalaman dalam industri.
“Pelakon lelaki yang selalu berlakon dengan saya dulu sudah mencecah lebih 50 tahun. Jadi kalau kami digandingkan bersama, auranya nampak berbeza.
“Saya suka bekerja dengan pelakon muda. Memang adakalanya saya berasa bimbang jika nampak tua seperti emak mereka tetapi kalau ada projek yang bagus, saya terima sahaja,” katanya.
Terbuka menjalin kerjasama dengan aktor muda, namun Hee-sun masih berpegang kepada pendirian untuk tidak bergandingan dengan mereka yang terlalu muda.
Contohnya seperti aktor Nam Joo-hyuk dan Park Bo-gum yang lahir pada 1993 dan 1994.
“Tahun mereka lahir merupakan zaman debut saya. Saya masuk universiti pada 1995. Jadi macam mana mahu bekerja dengan budak-budak yang berusia setahun ketika saya belajar di kolej?
Saya fikir itu terlalu ekstrem,” jelas Hee-sun.