fbpx

Kembar beranak sekali pada hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMBER (kanan) dan Autumn melahirkan anak di hospital sama. – ABC 6

NASHVILLE, Tennessee –Sepasang saudara kembar pe­rempuan di Amerika Syarikat mencipta memori manis apabila melahirkan bayi masing-masing pada hari sama yang kebetulan adalah hari lahir mereka.

Autumn Shaw dan Amber Tramontana selamat melahirkan bayi perempuan selang 90 minit pada Khamis lalu di Knoxville, Tennessee.

“Kami memang mahukan anak-anak kami memiliki pe­ngalaman membesar bersama-sama seperti ibu mereka.

“Oleh sebab itu, kami mahu melahirkan anak dalam selang masa terdekat, namun kami tidak menyangka akan bersalinpada tarikh sama,” kata Amber kepada saluran berita ABC 6.

Doktor yang merawat adik-beradik kembar itu, George Vick berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seperti itu sepanjang 45 tahun bertugas dalam bidang perubatan.

“Insiden seperti ini sangat jarang berlaku.

“Saya terkejut melihat kelahiran bayi Autumn dan Amber pada tarikh sama. Ini semua takdir Tuhan,” kata Vick.

Sebelum ini, pasangan kembar itu turut melahirkan anak lelaki masing-masing pada tahun sama selang 10 minggu antara satu sama lain.

Bayi perempuan mereka dilahirkan pada 29 Oktober lalu iaitu tarikh hari lahir Autumn dan Amber.

“Kami lakukan semuanya bersama-sama termasuk menuntut di kolej kejururawatan dan memilih kerjaya sebagai jururawat,” kata Autumn. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI