fbpx

F&NHB rekod prestasi kukuh tahun 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Fraser&Neave Holdings Bhd. (F&NHB) terus mencatat ­prestasi kukuh bagi tahun kewangan (TK) berakhir 30 September 2020 di tengah-tengah cabaran pandemik Covid-19.

Kumpulan merekodkan ha­sil sebanyak RM3.99 bilion bagi TK 2020, kemerosotan 2.2 peratus berbanding RM4.08 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Untung selepas cukai pula menunjukkan penurunan marginal kepada RM410.1 juta berbanding RM410.2 juta pada tahun 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB, Lim Yew Hoe berkata, prestasi mantap itu dicapai hasil daripada keputusan le­bih kukuh pada suku pertama dan pemulihan pada suku keempat, selain pengukuhan eksport.

“Ia turut disokong oleh u­saha berterusan membekalkan produk inovatif dengan pelaksanaan operasi berkesan yang meme­nuhi jangkaan pelanggan sepanjang tahun meskipun dalam suasana mencabar.

“Walaupun kami mengutamakan bekalan produk teras kepada pasaran, kami terus menawarkan produk baharu yang lebih sihat dan bernilai,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Yew Hoe, eksport dari Malaysia mencatatkan pertumbuhan hampir 10 peratus, dipacu jualan kukuh ke Timur Tengah, Afrika dan pasaran ASEAN.

Pasaran Indochina yang diuruskan F&B Thailand turut mencatatkan prestasi mantap, dengan Kemboja dan Laos menyumbang hasil lebih RM200 juta.

“Jumlah eksport dari Malaysia dan Thailand me­­­­n­yum­bangkan hasil RM796 juta kepada Kumpulan tahun ini, pencapaian memberangsangkan di tengah-tengah pandemik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI