fbpx

Belanjawan 2021: Beri fokus perkhidmatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

PETALING JAYA – Belanjawan 2021 bakal dibentangkan Jumaat ini diharap dapat memberi keutamaan dalam memperkasakan sistem perkhidmatan kerajaan yang menjadi nadi kepada pentadbiran negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, tumpuan itu berikutan penjawat awam bukan sahaja menjadi petugas barisan hadapan dalam mencegah Covid-19 malah berperanan memastikan pertumbuhan semula ekonomi negara.

“Justeru,adalah wajar kerajaan yang merupakan majikan kepada penjawat awam memberi perhatian terhadap usaha memperkasa sistem perkhidmatan awam negara ini.

“Sebagai penjawat awam, sudah tentu kita mahu agenda pemerkasaan sektor perkhidmatan awam diberi perhatian sewajarnya dengan lebih bersifat inklusif dan meliputi pelbagai hal berkaitan,” katanya di sini tadi.

Tambahnya, hal-hal berkaitan itu termasuklah pembangunan kerjaya, persekitaran kerja yang baik, insentif kenaikan gaji serta kebajikan penjawat awam itu sendiri.

“Ketika ini, kita lihat sistem penyampaian perkhidmatan awam sudah berada di tahap yang tertinggi, dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan saja lagi.

“Setiap penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan perlu selari dengan hal-hal kebajikan untuk penjawat awam. Jadi tiada salahnya jika penjawat awam diberi keutamaan dalam bajet itu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI