PETALING JAYA – Seramai 382 individu ditahan, manakala 364 lagi dikompaun dan 18 orang direman atas pelbagai kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua tangkapan, kompaun dan reman itu dibuat melalui 51,462 pemeriksaan di seluruh negara oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Seramai 136 individu didapati tidak memakai pelitup muka, manakala premis gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan (66); gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (58); aktiviti pusat hiburan (42); premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (22) dan lain-lain (58).
“Melalui operasi sama, sebanyak 3,293 pasar raya, 4,369 restoran; kilang (926); pasar awam atau tani (1,550); tempat ibadah (2,828) dan tempat riadah (1,241) telah diperiksa,” katanya pada sidang akhbar Facebook Live di sini hari ini. – K! ONLINE