fbpx

1,032 kes baharu, lapan kematian direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jumlah kes harian masih merekodkan empat digit dengan 1,032 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 35,425 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes hari ini, tiga daripadanya kes import melibatkan warga asing yang tiba dari India, Singapura dan Filipina.

“Terdapat pertambahan lapan kes kematian hari ini dilaporkan di Sabah dan Perak menjadikan jumlah kes kematian sehingga kini sebanyak 271 kes.

“Selain itu, sebanyak 82 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, enam kluster baharu turut dikenal pasti hari ini iaitu Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, Kluster Sepanggar, Kluster AERO, Kluster Lengkuk dan Kluster Gading.

Tambah beliau, kes pulih Covid-19 mencatatkan sebanyak 820 kes hari ini menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya 24,815 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI