fbpx

Usul persidangan 10 pagi, 1 tengah hari diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPIR – Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan usul sidang mengenai persidangan Dewan Rakyat yang akan bersidang hanya dari pukul 10 pagi hingga pukul 1 tengah hari mulai hari ini hingga Khamis.

Keputusan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga berikutan ada kakitangan seorang Senator Dewan Negara disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Usul penangguhan itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan menurut Peraturan Mesyuarat 12(1) selepas sesi soal jawab dan disokong oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Semalam, sidang Dewan Rakyat bersetuju bahawa sidang harian pada minggu ini hanya dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari sahaja, kecuali pada Jumaat nanti apabila Belanjawan 2021 dibentangkan.

Keputusan ini juga dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) selepas beberapa kakitangan dan Ahli Dewan Negara disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI