fbpx

Umrah masih belum dibenarkan- Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan jemaah Malaysia menunaikan umrah buat masa ini.

Katanya, keputusan itu adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mengenai kebenaran mengadakan majlis pernikahan dan solat Jumaat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan ketetapan telah dibuat dan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dilaksanakan.

“Dr. Zulkifli juga menjelaskan walaupun kerajaan Arab Saudi telah membenarkan ibadah umrah dijalankan selama 10 hari, kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk membenarkan jemaah Malaysia ke sana pada masa ini,” katanya di laman Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) harian mengenai Covid-19 secara sidang video bagi membincangkan situasi semasa pandemik dan langkah-langkah yang perlu diambil. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI