fbpx

PKPD Penjara Zon Selangor dan Utara tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Penjara Zon Selangor dan Utara akan ditamatkan esok seperti yang telah dijadualkan sebelum ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diputuskan sidang khas hari ini selepas kawasan terbabit menunjukan penurunan kes Covid-19.

“Saringan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hingga kini mendapati kes positif Covid-19 di penjara dan pusat tahanan menurun dan terkawal.

“Atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Penjara Zon Utara dan Zon Selangor pada 4 November 2020 sepertimana yang telah dijadualkan,” katanya menerusi sidang akhbar Facebook Live Kementerian Pertahanan di sini tadi.

Pun begitu, katanya, PKPD Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang masih terdapat kes baharu sehingga 1 November lalu.

“Sehubungan dengan itu, sidang khas hari ini bersetuju melanjutkan PKPD di dua kawasan terbabit selama 14 hari lagi bermula 5 November 2020 sehingga 18 November,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI