fbpx

Pameran MAHA 2020 ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHA 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 29 November ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

PETALING JAYA – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2020 (MAHA 2020) yang dijadualkan berlangsung pada 26 sehingga 29 November 2020 ditangguhkan.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu dibuat berikutan situasi peningkatan kes positif Covid-19 yang membimbangkan ketika ini.

“Keputusan ini diambil sebagai pendekatan mitigasi Kementerian dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini selain menjamin kelangsungan keselamatan, kesihatan awam dan kesejahteraan rakyat.

“Pameran ini akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu MAFI berkata, pihaknya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam persediaan penganjuran MAHA 2020.

“Semoga sokongan padu dan kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI