PETALING JAYA – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik mengutarakan lima cadangan bagi Belanjawan 2021 untuk sektor pendidikan.
Cadangan pertama, menurutnya adalah elaun khas untuk semua guru untuk tempoh enam bulan.
Bagi cadangan kedua, katanya, kerajaan perlu memperuntukkan insentif khas kepada keluarga miskin yang menghantar anak ke sekolah.
“Ketiga ialah bantuan makanan berkhasiat kepada keluarga miskin yang mempunyai anak di sekolah manakala keempat pula ialah geran khas pengusaha kantin sekolah dan bantuan khusus pekerja kantin.
“Cadangan kelima ialah geran khas institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk hasilkan bahan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. – K! ONLINE