fbpx

Lapan kakitangan KPJ Pulau Pinang positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI lapan petugas barisan hadapan di KPJ Pulau Pinang, Bukit Mertajam disahkan positif Covid-19 hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seramai lapan kakitangan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini disahkan positif Covid-19 hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengurusan hospital berkenaan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan itu, seorang pesakit yang menerima rawatan di situ telah disahkan positif Covid-19 selepas satu ujian saringan dijalankan terhadapnya pada 31 Otober lalu.

“Pesakit itu bagaimanapun telah dipindahkan ke sebuah hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan lanjut

“Dimaklumkan juga pada 3 November (hari ini) seramai lapan petugas barisan hadapan hospital disahkan positif Covid-19,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan tersebut, ujian swab juga akan dijalankan terhadap semua pesakit serta kakitangan KPJ Pulau Pinang secara berperingkat-peringkat.

Difahamkan, pengurusan hospital berkenaan juga telah mengambil langkah berjaga-jaga sejak semalam apabila tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI