fbpx

Kementerian Kewangan berbincang dengan MSM berkaitan Belanjawan 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (kanan) ketika sesi konsultasi dengan wakil MSM hari ini.

PETALING JAYA – Kementerian Kewangan hari ini mengadakan konsultasi dengan Majlis Senator Malaysia (MSM) bagi mendapat maklum balas pihak tersebut berkenaan Belanjawan 2021.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, MSM telah diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Khairudin ES Abd. Samad; Timbalan Presiden, Senator Datuk Razali Idris dan Ahli Jawatankuasa, Senator Tuan Manolan Mohamad.

“Antara topik perbincangan adalah mengenai sokongan kepada kelangsungan hidup masyarakat luar bandar, Orang Asli dan orang kelainan upaya, inisiatif memudah cara proses pendigitalan perniagaan dan individu serta usaha-usaha penambahbaikan prasarana pendidikan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir untuk sesi ini,” katanya di laman Facebook hari ini. – K! ONLINE⠀

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI