fbpx

Kakitangan Parlimen bebas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Parlimen Malaysia mengesahkan hanya seorang pegawai khas kepada Ahli Dewan Negara dan seorang wakil media rasmi Parlimen yang disahkan positif Covid-19 sehingga kini.

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamis Samin berkata, Parlimen Malaysia ingin menjelaskan bahawa keputusan tersebut diperoleh daripada hasil ujian saringan Covid-19 yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada 28 dan 30 Oktober lalu.

“Ujian tersebut dilakukan telah membabitkan semua pegawai dan kakitangan serta polis bantuan bertugas di Parlimen.

“Hasil ujian berkenaan menunjukkan semua kakitangan Parlimen negatif dan bebas daripada jangkitan pandemik Covid-19.

“Walau bagaimanapun hasil ujian saringan berkenaan mencatatkan dua kes positif Covid-19 yang membabitkan seorang pegawai khas kepada seorang Senator Dewan Negara dan seorang petugas media rasmi. Kedua-dua kes berkenaan juga sudah diambil tindakan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, jelas Kamis, pihak Parlimen juga sudah membuat pelbagai usaha sewajarnya untuk mengekang penularan wabak Covid-19 bagi memastikan persidangan dan pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI