fbpx

Jual ayam Korea tampung hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD FIKRI (kanan) dan Aiman Najhi (kiri) menunjukkan dua menu ayam Korea yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Oleh SITI AI’SYAH SUKAIMI

SEPANG – Dua sahabat mengambil inisiatif menjual dua menu ayam Original Cheezy Chicken dan Inchik Korean Spicy Chic­ken bagi menampung perbelanjaan selepas majikan mengeluarkan notis bercuti tanpa gaji susulan pandemik Covid-19.

Aiman Najhi Mohd Nazri, 22, dan Muhammad Fikri Fadzli, 21, bekerja dengan syarikat vendor kepada sebuah syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bercuti tanpa gaji sejak 26 Oktober lalu.

Memikirkan komitmen bulanan, mereka mencuba perniagaan kecil-kecilan itu dan ternyata ia mendapat sambutan menggalakkan apabila secara purata kira-kira 30 kotak terjual setiap hari.

Bercerita lanjut, Aiman ­Najhi berkata, dia dan Muhammad Fikri mula menjual menu tersebut sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu apabila diminta bercuti tanpa gaji oleh majikan.

“Waktu itu, saya bekerja de­ngan syarikat lain, namun terpaksa bercuti tanpa gaji berikutan PKP sehinggalah kontrak tamat. Bermula dari situ, tercetus idea untuk menjalankan perniagaan ini.

“Sebaik saya mendapat pekerjaan lain, perkara sama turut terjadi apabila diminta bercuti tanpa gaji selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Lembah Klang.

“Jadi kami meneruskan perniagaan ini dan bersyukur kerana biarpun masih baru, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, malah pernah mendapat tempahan sehingga 65 kotak sehari,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Aiman Najhi berkata, sekotak Original Cheezy Chicken me­ngandungi tujuh ketul ayam dijual pada harga RM10, manakala sekotak Inchik Korean Spicy Chicken mengandungi tujuh ke­tul ayam (RM13).

“Ramai yang kata sedap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI