fbpx

Insiden bersenjata di Vienna: Rakyat Malaysia di Austria selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di tengah Vienna malam semalam menyebabkan dua orang terbunuh dan sejumlah lagi cedera.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar Negeri memaklumkan semua rakyat Malaysia yang berada di Vienna, Austria dilaporkan selamat dan berada dalam keadaan baik.

Menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, kementerian meminta rakyat Malaysia di negara berkenaan supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Vienna bagi mendapatkan sebarang bantuan konsulat.

Kenyataan sama menyebut, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata di tengah-tengah bandar Vienna itu yang mengorbankan nyawa dan mencederakan orang awam, semalam.

“Kerajaan Malaysia merakamkan takziah kepada ahli keluarga dan waris mangsa yang terbunuh dalam insiden itu dan berharap penyerang bersenjata berkenaan di bawa ke muka pengadilan,” katanya.

Setakat jam 3 petang (waktu Malaysia), semua rakyat Malaysia di Vienna dilaporkan selamat.

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di tengah Vienna malam semalam menyebabkan dua orang terbunuh dan sejumlah lagi cedera. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI