fbpx

Hamilton belum putus masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMENANGAN Hamilton pada GP Emilia Romagna kelmarin mengesahkan kejuaraan dunia kategori pengeluar menjadi milik pasukan Mercedes untuk saingan F1 musim ini. – AFP

IMOLA, Itali – Jaguh Mercedes, Lewis Hamilton belum dapat memberi jaminan dia akan kekal bersaing dalam kancah Formula Satu (F1) musim depan selepas meraih kemenangan pada Grand Prix (GP) Emilia Romagna kelmarin.

Hamilton, 35, berjaya membantu Mercedes mengesahkan kejuaraan dunia kategori pengeluar buat kali ketujuh berturut-turut selepas merekodkan kemenangan 1-2 bersama rakan sepasukan, Valtteri Bottas pada perlumbaan di Litar Antara­bangsa Imola tersebut.

Sebagai rekod, kontrak Ha­milton bersama Mercedes akan tamat penghujung tahun ini dan pasukan berpangkalan di United Kingdom itu dikatakan sudah bersedia untuk menawarkan perjanjian baharu dengan gaji sebanyak £40 juta (RM214.4 juta) setahun.

Bagaimanapun, Hamilton belum dapat memutuskan keputusan rasmi mengenai masa depannya kerana lebih berminat untuk menamatkan kalendar saingan F1 musim ini terlebih dahulu.

“Sukar untuk memberi jaminan kepada pasukan kerana saya tidak tahu akan kekal di sini ataupun tidak.

“Sekarang saya mahu fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghabiskan perlumbaan musim ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Hamilton yang telah meraih enam gelaran dunia dalam kariernya, me­ngakui keputusan ketua prinsipal Mercedes, Toto Wolff yang meluahkan hasratnya untuk meninggalkan pasukan itu hujung tahun ini adalah satu kerugian besar buat mereka.

“Saya sudah lama bersama Mercedes dan sangat selesa dengan cara kerja Wolff. Beliau mempunyai kredibiliti dan daya kepimpinan yang tinggi, namun kita semua perlu menghormati keputusan peribadinya,” jelas Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI