fbpx

Farred Zane diintai sebab Sunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAREEZ ZANE

PASTI ramai yang sudah mendengar lagu Sunyi yang merupakan runut bunyi (OST) telefilem Kasih Tau Foo Fah, arahan Raja Mukhriz yang ditayangkan menerusi TV3 pada 19 September lalu.

Selepas telefilem itu selesai, ramai yang sibuk mencari siapakah penyanyi lagu Sunyi kerana ia amat menyentuh hati tatkala mendengarnya.

Siapa sangka, lagu Sunyi yang berentak pop balada tersebut membawa tuah buat penyanyi Farred Zane.

Dia bukan setakat menyanyi, malah turut mencipta dan menulis lirik lagu yang dihasilkan pada 2019 tersebut.

Farred Zane atau nama sebenarnya Mohd. Farid Mohd. Zin, 30, berasal dari Machang, Kelantan tidak menyangka lagu tersebut menjadi pilihan pengarah ternama iaitu Raja Mukhriz untuk dijadikan runut bunyi drama arahannya.

“Lagu Sunyi berkisar tentang seorang budak yang kesunyian sejak kecil hingga dewasa. Dia kehilangan emak dan ayah sejak kecil dan hidup sebatang kara.

“Sewaktu pihak Saudagar Seni memperdengarkan lagu tersebut kepada Raja Mukhriz, pengarah itu terus bersetuju untuk menjadikan Sunyi sebagai OST telefilem Kasih Tau Foo Fah. Raja Mukhriz kata, lagu itu sesuai dengan jalan cerita. Dia juga kata, lagu itu ada roh dan saat diputarkan di set penggambaran, ada pelakon menangis dengar lagu tersebut. Alhamdulillah, lagu tersebut berjaya menyentuh hati orang yang mendengarnya.”

“Saya cipta lagu ini dan bawa ke studio rakaman Alfa, Rumi Booty dan Daqmie. Lagu ini saya cipta berdasarkan kehidupan kanak-kanak Palestin yang kehilangan ibu bapa pada usia muda. Kisah sedih mereka memberi idea pada saya untuk cipta lagu Sunyi,” ceritanya yang merupakan artis naungan Saudagar Seni Sdn. Bhd.

Tambahnya, Sunyi mudah melekat di hati pendengar kerana membawa mesej kemanusiaan. Susunan muzik lagu tersebut juga telah dicantikkan individu tidak asing dalam bidang muzik.
Selain tunjuk ajar yang sangat bermakna dalam memberikan haluan jelas untuk lagu berkenaan.

Biarpun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awalnya menyekat promosi Sunyi tetapi pasti ada hikmah di sebalik semua itu.
Kini, semuanya terbukti apabila nukilan tersebut. Selain runujt bunyi, video muzik Sunyi juga boleh diikuti menerusi saluran YouTube Saudagar Seni Media sejak 17 September lalu.

NEMILIKI kerjaya tetap sebagai cef dan pemilik syarikat pengurusan majlis, katering dan perancang perkahwinan, kini Farred melangkah setapak bergelar penyanyi.

Lakonan

Selain lagunya dipilih untuk runut bunyi telefilem tersebut, Farred juga diberi peluang berlakon dalam Kasih Tau Foo Fah sebagai seorang pemandu. Jelasnya, sewaktu pergi ke lokasi penggambaran di Melaka, isteri Raja Mukhriz, pelakon Sharifah Shahora tidak tahu bahawa dialah penyanyi lagu Sunyi.

“Apabila Sharifah Shahora jumpa saya, dia kata saya tak sesuai bawa watak gangster, itu yang diberi peranan pemandu.

“Sebenarnya kemunculan saya dalam telefilem tersebut untuk mempromosi lagu Sunyi. Gugup juga bila berlakon kerana ini pengalaman pertama berlakon dengan pelakon-pelakon hebat”

“Untuk video muzik Sunyi, selain footage drama Kasih Tau Foo Fah, saya turut menjalani penggambaran di sekitar bandaraya Melaka. Alhamdulillah, sejak dimuat naik dalam YouTube jumlah tontonan semakin baik tetapi yang paling menyentuh hati apabila komen-komen positif daripada peminat” katanya penuh kesyukuran.

Selepas muncul dalam telefilem yang meruntun hati ramai penonton, Farred terbuka menerima tawaran lakonan pada masa akan datang. Lelaki yang mengakui peminat setia Anuar Zain itu turut berkata, jika ada penyanyi yang inginkan karya ciptaannya, dia bekerjasama.

“Saya bersedia memberikan karya saya pada mereka yang berminat kerana saya ada koleksi lagu yang sudah siap. Lagu-lagu ciptaan saya selain bermesej kemanusiaan, ada juga berkisar tentang cinta tetapi lebih bersifat umum dan sesuai untuk semua lapisan usia,” katanya yang pernah mengikuti kelas vokal selama dua tahun bawah bimbingan Cikgu Siti Hajar.

Pemilik Diploma Seni Kulinari dari MSU (Management & Science University), Shah Alam itu juga pernah menganggotai kumpulan Damai & Friends dan sempat menghasilkan album berjudul

Satu Kalimah serta tercalon dalam Anugerah Industri Muzik 2014.
Farred yang juga seorang cef dan pemilik sebuah syarikat pengurusan majlis, katering dan perancang perkahwinan beroperasi di Rawang, Selangor itu pernah muncul sebagai juara untuk program Sri Murni Dapur Duet bersama Khai Bahar pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI