fbpx

Chanyeol berdiam, Baekhyun bidas fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAEKHYUN

SELEPAS dikejutkan kontroversi panas berhubung penyanyi Chanyeol yang dituduh curang dan pernah meniduri lebih 10 wanita, seperti didakwa seorang wanita menerusi saluran YouTubenya, dunia hiburan K-pop sekali menampilkan nama baharu bagi menambahkan kepanasan.

Kali ini, Chanyeol tidak sendirian menjadi mangsa kerana rakan sekumpulan iaitu Baekhyun turut diseret ke dalam kancah kontroversi tersebut.

Memetik laporan Allkpop, wanita berkenaan yang mengaku sebagai kenalan kedua-dua artis itu mendakwa, Baekhyun juga mempunyai karakter hampir serupa dengan Chanyeol.

Tidak berdiam diri, Baekhyun menerusi Twitternya tampil membidas dakwaan ke atasnya. Biarpun sekadar tulisan pendek, Baekhyun secara keras menujukan sindiran tersebut kepada wanita yang mendakwa ‘kenalan’nya itu.

Meskipun tidak menulis secara terang-terangan, namun peminat dapat mengagak tulisan tersebut ditujukan untuk wanita yang telah mencetuskan kontroversi sehingga menjejaskan reputasinya dan Chanyeol.

“Ah, kenalan saya, siapa? (Oh, nyamuk rupanya.) Tak guna,” tulis Baekhyun berbaur sindiran.

Biarpun Baekhyun tampil mempertahankan diri, sebaliknya berlaku kepada Chanyeol kerana sehingga kini dia masih berdiam tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan balas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI