fbpx

Bertaruh RM20.9 juta Trump akan menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump. - AFP

LONDON – Seorang ahli perniagaan Britain bertaruh £3.9 juta (RM20.9 juta) bahawa Donald Trump akan memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.

Betting insiders yakin pertaruhan tersebut adalah yang paling besar dalam arena politik.

Pembiaya itu yang berpangkalan di luar negara dan namanya belum didedahkan membuat pertaruhan melalui penerima pertaruhan persendirian di Curacao di Kepulauan Caribbean selepas bercakap dengan ‘sumber dalaman kem Trump’.

Presiden Trump kini berdepan calon Parti Demokrat, Joe Biden dalam pilihan raya hari ini yang dijangka berlangsung cukup sengit.

Jika ahli perniagaan yang tidak didedahkan namanya itu menang pertaruhan tersebut, dia mungkin bawa pulang hampir AS$15 juta atau £11.6 juta (RM62 juta).

Satu sumber dalam industri perjudian memberitahu akhbar The Sun UK:

“Maklumat diterima mengenai pertaruhan ini sudah tersebar dan kami berpendapat ini adalah pertaruhan paling besar dalam politik.”

Seorang lagi warga Britain semalam meletakkan nilai pertaruhan £1 juta (RM5.4 juta) untuk Biden menang dan mungkin membawa pulang £1.5 juta (RM8.06 juta) sekiranya menang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI