fbpx

Arsenal ‘berparti’ di Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG (dua dari kanan) meraikan gol bersama rakan sepasukan selepas menyempurnakan sepakan penalti awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Kemenangan tipis 1-0 sudah cukup buat Arsenal untuk menamatkan penantian 14 tahun menewaskan Manchester United di Stadium Old Trafford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalalm.

Lebih menarik, gol tunggal yang dijaringkan Pierre-Emerick Aubameyang menerusi sepakan penalti pada minit ke-67 itu me­nyaksikan berakhirnya kemarau jaringan kapten The Gunners tersebut dalam lima perlawanan EPL berturut-turut sebelum ini.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta amat berpuas hati dengan prestasi dipamerkan anak-anak buahnya yang berjaya mendominasi keseluruhan perlawanan biarpun terpaksa mengharapkan sepakan penalti selepas Hector Bellerin dikasari bintang United, Paul Pogba.

“Saya teruja apabila melihat nama Aubameyang kembali berada dalam senarai penjaring kerana ia dapat memberi motivasi tambahan buatnya untuk mencapai prestasi seperti musim lalu.

“Ia adalah gol yang cukup penting kerana bukan mudah untuk meraih kemenangan ke atas United apabila beraksi di laman keramat mereka (Old Trafford). Keputusan ini meningkatkan lagi semangat dan keyakinan pasukan,” katanya.

Sementara itu, Aubameyang, 31, menyifatkan, tahap keyakinannya kini semakin meningkat selepas bekerja keras sepanjang sesi latihan termasuk berlatih sepakan penalti dengan rakan di bahagian serangan, Alexandre Lacazette.

“Saya sangat yakin apabila mengambil sepakan penalti ke­rana sudah berlatih lama dalam latihan. Ini adalah kemenangan berpasukan, bukan saya seorang kerana semua pemain bekerja keras untuk meraih tiga mata penuh,” katanya.

Turut cemerlang dalam aksi itu ialah dua tonggak tengah, Thomas Partey dan Mohamed Elneny serta bek tengah, Gabriel yang berjaya merantai pergerakan penyerang prolifik The Red Devils, Marcus Rashford. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI