fbpx

10 tahun dikerah kerja tanpa gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Jabatan Imigresen Perak berjaya menyelamatkan enam wanita warga Indonesia dipercayai mangsa jenayah pemerdagangan manusia dalam satu operasi di tiga lokasi berasingan di Tanjung Malim semalam.

Dalam operasi itu, mangsa berusia 22 hingga 40 tahun itu bekerja sebagai pembantu rumah dan jurujual yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi sebagai buruh paksa oleh majikan.

Pengarah Jabatan Imigresen Perak, Hapzani Husaini berkata, operasi dilakukan oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia negeri Perak, Majlis Antipemerdagangan Orang MAPO dan Jabatan Tenaga Kerja negeri.

Menurut beliau, tindakan dilakukan berdasarkan maklumat awam dan hasil risikan yang membawa kepada pemeriksaan di tiga premis berasingan.

“Pemeriksaan di sebuah kediaman menemui seorang wanita warga Indonesia yang disyaki bekerja sebagai pembantu rumah.

“Turut ditahan seorang wanita tempatan yang merupakan majikan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hapzaini memberitahu, lima lagi mangsa ditemui di dua premis perniagaan manakala dua lagi wanita senegara merupakan orang tengah kepada majikan.

Katanya, hasil temubual, mangsa tidak diberi gaji sejak diambil bekerja selama 10 tahun.

“Mangsa mendakwa mereka tidak tahu berapa gaji yang diterima dan tidak diberikan telefon untuk menghubungi keluarga di kampung.

“Kita juga menahan seorang wanita tempatan yang tampil ke premis itu selain memeriksa pejabat majikan serta merampas beberapa dokumen untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mangsa-mangsa telah diselamatkan dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan kini ditempatkan di rumah perlindungan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang boleh dikenakan hukuman penjara dan denda sehingga RM150,000 jika sabit kesalahan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI