fbpx

Warga emas kurang siuman maut dalam kejadian langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas kurang siuman maut dalam kejadian langgar lari di Lubok Jong, Jalan Pasir Mas - Rantau Panjang dekat Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Seorang warga emas kurang siuman maut selepas dipercayai dirempuh sebelum digilis kereta di Lubok Jong, Jalan Pasir Mas – Rantau Panjang di sini semalam.

Kejadian pada pukul 10.30 malam itu menyebabkan Ab. Halim Deraman, 71, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada seluruh anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kemalangan berlaku ketika warga emas yang tinggal di sekitar kawasan Repek  dipercayai telah keluar bersendirian dari rumahnya kira-kira pukul 8 malam.

Menurutnya, ketika mangsa sedang berjalan kaki secara tiba-tiba dia dirempuh kereta yang tidak dapat dikenal pasti.

“Insiden itu juga menyebabkan mangsa dipercayai digilis kenderaan lain yang datang dari arah Rantau Panjang menuju ke Pasir Mas.

“Orang awam yang berada di lokasi kejadian telah menghubungi talian kecemasan selepas melihat mangsa dalam keadaan terlantar dan dipercayai sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta untuk menghubungi balai polis berdekatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI