fbpx

Suami isteri didakwa tipu pelaburan lebih RM12,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chai Koon Shong (kanan) dan Ng Kah Lai (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan penipuan berkaitan pelaburan berjumlah RM12,866.50 tahun lalu. FOTO- ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan penipuan berkaitan pelaburan berjumlah RM12,867 tahun lalu.

Chai Koon Shong, 44, dan isteri, Ng Kah Lai, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Mengikut pertuduhan pertama yang dibacakan secara bersama, pasangan berkenaan didakwa menipu Hoi Kim Than, 58, dengan menawarkan pulangan pelaburan Bancus Coint yang tinggi sehingga mendorong mangsa memasukkan wang RM4,366 ke dalam akaun syarikat tertuduh melalui RHB Bank Cawangan Menglembu, Ipoh pada pukul 1.45 petang, 14 November 2019.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa atas dua tuduhan sama iaitu menipu Leong Mei lai, 44, membabitkan wang masing-masing berjumlah RM5,000 dan RM3,500 di Public Bank Cawangan Jalan Besar Pasir Puteh dan Jalan Pasir Puteh, Taman Pengkalan Jaya di Ipoh antara pukul 1.34 hingga 1.48 petang, 1 Mei 2019.

Pertuduhan ke atas mereka dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun  dengan sebatan selain boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Hajar Mohd. Yusof manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, M. Mahendra.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan 11 Disember ini untuk sebutan semula kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI