fbpx

PPMM mohon mencelah saman isu Agong tak isytihar darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

PETALING JAYA- Saman pemula yang difailkan oleh seorang peguam berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk tidak mengisytiharkan darurat menarik perhatian Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, saman itu memberi impak yang besar kepada kedudukan Baginda di sisi Perlembagaan Persekutuan.

“PPMM telah melantik Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil untuk memohon kebenaran mencelah di dalam guaman di atas.

“Oleh kerana isu Perlembagaan ini yang secara langsung berkait dengan kedudukan Raja-Raja Melayu, PPMM yang memperjuangkan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang berpendapat kami mempunyai kepentingan atau locus untuk mencelah dalam guaman ini khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Raja-Raja Melayu dan agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar beliau, mahkamah akan mendengar permohonan tersebut dan akan membuat keputusan sama ada membenarkan PPMM mencelah dan seterusnya badan itu boleh turut serta dalam kes tersebut.

“Hal ini akan menjelaskan lagi konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang mana uniknya di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong juga berfungsi sebagai salah satu elemen tunjang bagi semak dan imbang dalam konsep pemisahan kuasa di Malaysia.

“Yang di-Pertuan Agong pula telah mengambil inisiatif aktif berbincang isu yang melibatkan negara ini dengan baginda Raja-Raja Melayu yang lain,” menurutnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI