fbpx

Piala Malaysia: Kedah, Pahang bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIDIL (tengah) mengakui aksi menentang skuad Tok Gajah di peringkat awal bakal menghangatkan saingan Piala Malaysia menerusi format kalah mati.

SAINGAN peringkat kalah mati Piala Malaysia bakal menjanjikan pertembungan dua gergasi Liga Super iaitu Kedah dan Pahang sekali gus mengulangi aksi ‘epik’ separuh akhir musim lepas.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan bersaing cukup kompetitif, namun skuad Helang Merah memiliki kelebihan jaringan untuk melangkah ke final susulan kedudukan agregat terikat 8-8.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengakui aksi menentang skuad Tok Gajah di peringkat awal bakal menghangatkan saingan Piala Malaysia menerusi format kalah mati.

“Saya rasa pertemuan Kedah dan Pahang adalah aksi paling menarik di pusingan pertama.Saya tidak mahu pasukan memandang rendah keupayaan Pahang nanti,” katanya semalam.

DOLLAH mengakui anak-anak buahnya sudah bersedia memberikan aksi 100 peratus pada saingan Piala Malaysia.

Sementara itu, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui anak-anak buahnya sudah bersedia memberikan aksi 100 peratus untuk melangkah jauh pada Piala Malaysia yang menawarkan slot automatik ke Piala AFC 2021.

“Prestasi Pahang sebenarnya di tahap memuaskan biarpun beberapa keputusan kurang menyebelahi kami dalam kancah Liga Super, maka Piala Malaysia akan menjadi medan kebangkitan,” katanya.

Kedah yang berjaya meraih status finalis musim lalu tewas kepada Johor Darul Ta’zim dengan keputusan 0-3 dan berharap kali ini dapat meraih trofi Piala Malaysia buat kali keenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI