fbpx

Pemandu lori treler lari selepas rempuh lima kenderaan berjaya diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori treler yang ditinggalkan suspek langgar lari di Bandar Baru Cheneh dekat sini semalam.

KEMAMAN – Seorang pemandu lori treler yang melarikan diri selepas merempuh lima kenderaan Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini semalam berjaya ditahan polis tujuh jam kemudian.

Suspek berusia 36 tahun berjaya ditahan polis di sebuah rumah di Bandar Baru Cheneh dekat sini pada pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki tersebut dipercayai memandu lori treler tanpa muatan yang telah merempuh lima kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat merah di lokasi kejadian pada pukul 1.40 tengah hari semalam.

“Kenderaan yang dilanggar lori treler dipandu suspek ialah dua buah lori jenis Isuzu, sebuah kereta jenis Perodua Alza dan dua kenderaan pelbagai jenis, Nissan Grand Livina dan Toyota Estima.

“Impak pelanggaran itu menyebabkan kesemua kenderaan terbabit masing-masing mengalami kerosakan pada bahagian belakang dan hadapan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, suspek yang ketakutan telah memecut laju trelernya sebelum meninggalkan kenderaan berat itu di tepi jalan di Kampung Seri Bandi iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, pihaknya percaya suspek berada di bawah pengaruh dadah sewaktu kemalangan tersebut berikutan ujian urin mendapati dia positif dadah jenis Methamphitamine. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI