fbpx

Pegawai JBPM Sabah meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alias

KOTA KINABALU – Pemergian Ketua Cawangan Operasi Kebombaan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Alias Abu, 56, pagi tadi disifatkan suatu kehilangan besar buat jabatan berkenaan.

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi tadi akibat Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Pengarah JBPM Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, allahyarham adalah seorang pegawai yang komited dan berdedikasi serta bertanggungjawab dalam menjalankan setiap tugasan yang diamanahkan.

“Ini satu kehilangan besar kepada JBPM Sabah khususnya bahagian operasi.

“Kita berharap semua ahli keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan ini,” katanya katika dihubungi sebentar tadi.

Kamarulzaman berkata, jenazah Allahyarham Alias dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala, Papar, petang tadi.

Dalam pada itu, Kamarulzaman menyatakan Allahyarham bersama 15 pegawai bomba lain disahkan positif Covid-19 pada 16 Oktober lalu selepas menjalani ujian saringan.

“Oleh itu, semua pegawai yang berkenaan termasuklah Allahyarham kemudiannya menjalani kuarantin di HQE.

“Bagaimanapun, Allahyarham disahkan meninggal pagi hari ini manakala 15 pegawai lain disahkan pulih.

“Kita difahamkan Allahyarham mempunyai sakit jantung serta asma,” katanya.

Allahyarham Alias Abur meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI