fbpx

MDBG tangkap purata 300 ternakan berkeliaran setiap bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ternakan berkeliaran yang ditangkap Majlis Daerah Batu Gajah dalam operasi yang diadakan setiap bulan.

BATU GAJAH – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) menangkap secara purata kira-kira 300 ternakan berkeliaran yang tidak dipantau penternak dan menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan komuniti setiap bulan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MDBG berkata, tindakan itu dilakukan dalam operasi bersepadu setiap bulan bermula 2017 hingga September 2020.

“MDBG memandang serius masalah itu dan segala tindakan memerlukan penelitian dalam memastikan keseimbangan seluruh pihak termasuk komuniti itu sendiri, penternak dan juga agensi kerajaan yang terlibat.

“Punca utama yang dikenal pasti dalam menangani masalah itu adalah keperluan kawasan perternakan atau padang ragut yang khusus bagi penternak menjalankan aktiviti.

“Selain itu, faktor lain seperti sikap perternak yang tidak bertanggungjawab terhadap ternakan mereka juga menyumbang kepada jumlah tangkapan haiwan ternakan berkeliaran,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, isu haiwan ternakan berkeliaran di kawasan pentadbiran MDBG bukanlah isu yang baru dibangkitkan.

Bagaimanapun katanya, sejak kebelakangan ini, fakta pelaksanaan tindakan oleh MDBG dan agensi yang terlibat dalam melaksana tindakan penyelesaian telah dimanipulasikan secara tidak wajar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Gambaran yang kurang jelas diberikan kepada komuniti mengenai isu ini juga mencetuskan suasana tidak harmoni antara MDBG dan komuniti,” jelasnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI