fbpx

Lima tahun buka tudung, Nina Iskandar kembali tampil bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TINDAKANNYA memuat naik foto memakai tudung hari ini memberi bayangan dia sudah kembali bertudung.

PETALING JAYA – Lima tahun selepas memutuskan untuk tidak lagi bertudung, pelakon Nina Iskandar seperti memberi bayangan kembali bertudung menerusi beberapa keping perkongsian foto terbaharu di Instagram.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 29, menerima kata-kata semangat agar dia terus istiqamah dengan imej tersebut.

“Alhamdulillah, semoga terus istiqamah sis Nina. Suka tengok sis berlakon,” tulis seorang peminat di ruangan komen foto terbaharu Nina.

Menjawab soalan rawak daripada peminat di Instastory, pelakon drama Andainya Takdir itu berkongsi cara dirinya untuk muhasabah diri.

“Solat buat kita rasa tunduk. Apa sahaja yang kita buat perlu ada tujuan dan perkara pertama adalah untuk Allah.

“Sebelum anda buat sesuatu, baik atau buruk, nilai niat anda. Dan sentiasa bertaubat. Langkah pertama mulakan dengan istighfar,” jawabnya.

Terdahulu, selepas setahun bertudung, Nina memutuskan untuk tidak lagi mengenakan tudung pada 2015 dan mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Pelakon kelahiran Brunei itu merupakan isteri kepada penolong pengarah Azlan Adznan dan mereka mempunyai seorang anak lelaki Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia 9 bulan.

Nina kini berada di Brunei sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan di Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN