fbpx

Lelaki Timur Tengah noda rakan ditahan reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan semalam selepas dipercayai merogol, meliwat dan memukul seorang wanita warga asing yang juga rakannya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, suspek yang juga berasal dari Timur Tengah itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Tangkapan dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada wanita berusia 25 tahun itu pada pukul 9.38 pagi yang memaklumkan suspek datang ke rumahnya di Ara Damansara pukul 10.30 malam pada Sabtu dengan membawa makanan dan minuman keras.

“Bagaimanapun, selepas mabuk, suspek bertindak menampar muka serta merogol mangsa selepas permintaan untuk melakukan hubungan intim itu ditolak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, suspek juga telah meliwat mangsa selain mengajak  untuk mandi bersama dengan alasan wanita itu merupakan isterinya.

“Suspek itu kemudian tertidur di rumah mangsa, sebelum dia keluar pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Susulan itu, kita membuat tangkapan ke atas suspek pada pukul 10.19 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa bekerja sebagai operator perkhidmatan pelanggan bagi syarikat pelancongan sejak tahun 2018 hingga kini dan telah berkenalan dengan suspek yang merupakan seorang pemilik restoran makanan arab di kawasan tempat tinggal pengadu,” ujarnya.

Tambah Nik Ezanee, kes masih dalam siasatan dan pihak kedutaan berkaitan telah dimaklumkan berhubung tangkapan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 377C akta yang sama dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI